Friday 13 January 2012

AKHLAK Tahun 1 (Adab Makan dan Minum)








Makan pun akan dilihat sebagai ibadah jika kita mengikut cara makan seperti Rasulullah saw. Islam melalui Rasulullah saw mengajar cara atau adab makan dan minum supaya ia berkesan di dalam kehidupan dan membezakan antara orang kafir dan orang Islam dan membezakan antara manusia dengan haiwan.

Adab Sebelum Makan yang perlu dijaga:

1. Memastikan makanan daripada sumber halal.

2. Membersihkan tangan.

3. Meletakkan makanan dalam bekas yang diletakkan di lantai kerana ia melatih diri untuk bertawaduk. Tetapi jika makanan diletakkan di atas meja tanpa melampaui batas, ia tidaklah dilarang.

4. Duduk secara betul. Dilarang makan sambil berbaring atau bersandar.

5. Berniat agar makanan itu mendatangkan kekuatan untuk beribadat kepada Allah.

6. Bergembira dengan rezeki yang terhidang dan ber syukur.

7. Berusaha untuk tidak makan seorang diri, tetapi ber sama-sama dengan orang lain walaupun daripada kalangan keluarga dan anak sendiri.

Adab Ketika Makan yang perlu dijaga :

1. Mulakan dengan bismillah dan doa.

2. Makan dengan tangan kanan.

3. Mengunyah dengan baik.

4. Jangan dicaci sebarang makanan.

5. Sebaik-baiknya dijamah makanan yang terdekat kecuali buah-buahan.

6. Jangan menghembus di atas makanan yang panas. Tunggulah dengan sabar.

7. Jangan makan secara berlebihan.

8. Apabila terpaksa minum air, pastikan ia sedikit saja kecuali jika perlu.




Adab Selepas Makan yang perlu dijaga

1. Berhenti makan sebelum kenyang.

2. Menjilat jari.

3. Membasuh tangan.

4. Berdoa.

5. Mengeluarkan makanan yang terlekat di celah gigi.

6. Banyak bersyukur kepada Allah.

7. Beristighfar agar diampunkan Allah andai ada unsur syubhah pada makanan.