Sunday, 25 December 2011

Pengertian Aurat

Maksud Aurat dari segi bahasa:Segala perkara yang dirasa malu (jika dilihatkan ,didedahkan) juga memberi makna a'ib,cacat,cela atau juga diterjemahkan sebagai lorong-lorong  jalan di bukit.


Maksud Aurat dari segi syara':Suatu yang wajib ditutup atau suatu yang haram dilihat.  



Adab berpakaian
1. Menutup aurat
2. Bentuk pakaian lelaki tidak meyerupai       pakaian wanita atau sebaliknya.
3. Sebaik-baik pakaian adalah yang meniru sunnah Rasulullah s.a.w.
4. Pakaian bukan dari sumber pendapatan haram.
5. Pakaian longgar, tidak menampakkan bentuk badan.
6. Pakaian dari jenis kain yang tebal, tidak jarang dan tipis menampakkan warna
     kulit.
7. Bagi lelaki elok berwarna cerah dan tidak berbunga - bunga.
8. Memakai pakaian yang bersih.
9. Sunat memakai wangi-wangian bagi lelaki. Bagi wanita hanya sunat bila bersama-sama
     suami atau muhrimnya 
10. Memakai baju dengan mendahulukan tangan kanan.
11. Haram memakai pakaian dari sutera asli atau emas khususnya bagi laki-laki,
       seperti memakai rantai emas , cincin emas dan sebagainya tapi tidak mengapa
       jika cincin perak sebab bukan lagi emas tulen
12. Tidak melabuhkan pakaian/seluar sehingga menutup dua buku lalinya bagi lelaki.
       ( Ertinya tidak melabuhkan pakaian sampai menyapu jalan).
13. Bagi perempuan hendaklah melabuhkan pakaiannya sehingga menutup tumitnya
 dan melabuhkan sehingga kedadanya.

Aurat lelaki
1. Dihadapan lelaki ialah menutup sekurang-kurangnya antara pusat dan lutut.
2. Di dalam solat, sekurang-kurangnya antara pusat dan lutut. Afdhalnya berpakaian
     lengkap yang sebaik mungkin kerana mengadap Allah.
3. Bersama isteri tiada batas auratnya.
4. Ketika bersendirian menutup dua kemaluannya.





Aurat wanita

1. Di dalam solat seluruh tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan.


2. Bersama wanita kafir, menutup seluruh tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan.

3. Di hadapan lelaki yang bukan muhrimnya seluruh tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan.

4. Dihadapan suami tiada batasnya.

 



 


 

No comments:

Post a Comment